Shridhar mula menyimpan kuku di tangan kirinya sejak di bangku sekolah lagi dan tidak pernah memotongnya dari tahun 1952.
Kuku di ibu jari tangannya berukuran dua meter panjang sementara kuku di jari tengah pula 186.6cm panjang.
Warga emas itu secara rasminya diiktiraf sebagai kuku paling panjang di dunia dalam Guinness World Records.
Shridhar berkata, semasa di zaman persekolahan, dia bersama rakannya pernah dipukul oleh gurunya selepas secara tidak sengaja menyebabkan kuku gurunya itu patah.
"Kami bertanya kepadanya, sebab dia memukul kami hanya kerana mematahkan kukunya, gurunya menjawab, mereka tidak memahami bagaimana perasaan seseorang jika kuku yang disimpan sejak sekian lama patah, kecualilah, jika mereka berada dalam keadaan itu," katanya.
Sejak kejadian itu, Shridhar mengambil keputusan untuk menyimpan kuku supaya dapat merasakan perasaan yang sama seperti apa yang gurunya alami.
Menurutnya lagi, memiliki kuku yang panjang bukan sesuatu yang mudah terutamanya ketika mengurus kehidupan peribadi.
Keluarga yang tidak menyukai dengan tindakannya itu sering menyuruhnya membasuh pakaian sendiri menggunakan tangan, malah dia juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Tambah Shridhar lagi, kehidupan cintanya juga tidak berjalan lancar.
"Tiada siapa yang mahu mengawini saya. Jika gadis tersebut bersetuju sekalipun, keluarga wanita itu pasti akan membantah kerana kukunya akan mencederakan anak mereka," ujarnya.
Bagaimanapun, kata Shridhar, walaupun berkuku panjang, dia masih dapat melakukan hobinya dalam bidang fotografi kerana hanya sebelah tangan sahaja yang berkuku panjang. - SH
0 Komentar untuk "Lelaki berusia 78 tahun ini tidak pernah potong kuku sejak tahun 1952, lihat apa yang tumbuh dalam kuku sungguh mengerikan"