Bayang-bayang Nabi SAW?
Sejak beberapa hari ini saya banyak mendapat soalan dalam peti mesej Facebook berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, disoal adakah dakwaan ini benar?
Ketahuilah bahawa tiada sebarang dalil yang Sahih bahawa Nabi SAW tidak mempunyai banyang-bayang,
Sekelompok kaum sufi tariqat sesat berpegang bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan itu kata mereka bukti bahawa Nabi SAW diciptakan dari cahaya,
Kelompok sesat ini berhujah dengan sebuah hadith riwayat Zakwan berbunyi:
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلم لم يكن يُرَى له ظلٌّ في شمسٍ ولا قمرٍ
Terjemahan:
"Sesungguhnya Rasul SAW tidaklah terlihat(terdapat) baginya bayang-bayang, baik ketika di bawah cahaya matahari ataupun bulan"
Riwayat ini adalah Dha'if, sanadnya terputus, kata Imam Jalaluddin al-Suyuthi antara tokoh hadith bermazhab al-Syafie dalam al-Khasais al-Kubra (1/71): "مرسل - Mursal", dan Mursal adalah dari jenis hadith-hadith Dha'if, kerana telah gugur padanya syarat utama hadith Sahih iaitu al-Ittisal (bersambungnya sanad).
Dakwaan bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang ini bukan sahaja tidak mempunyai sebarang dalil yang Thabit (Sahih), bahkan ia bercanggah dengan hadith-hadith Sahih dan juga al-Qur'an.
Ditanya kepada al-'Allamah Mufti Biladil Haram Fadhilah al-Syaikh Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin berkenaan dakwaan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, maka jawab al-Syaikh:
من قال أن النبي -صلى الله عليه وسلم - ليس له ظل , أو أن نوره يطفئ ظله إذا مشى في الشمس , فكله كذب و باطل , ولهذا قالت عائشة-رضي الله عنها- : " كنت أمد رجلي بين يديه , وتعتذر بأن البيوت ليس فيها مصابيح" فلو كان النبي -صلى الله عليه وسلم-له نور لم تعتذر رضي الله عنها , و لكنه الغلو الذي أفسد الدين والدنيا والعياذ بالله
Terjemahan:
"Sesiapa yang berkata sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, atau sesungguhnya cahaya Baginda menutup bayang-bayangnya apabila Baginda berjalan di bawah cahaya matahari, kesemua dakwaan ini adalah dusta dan batil,
Kerana itu berkata 'Aishah r.ha : "pernah daku memanjangkan(menyandarkan/tertindih) kakiku antara kedua tangan Baginda SAW, lalu daku memohon maaf kepada Baginda SAW kerana sesungguhnya waktu itu rumah tidak mempunyai lampu"
Sekiranya Nabi SAW itu mempunyai cahaya maka tidaklah 'Aishah r.ha akan meminta maaf sedemikian, akan tetapi mereka-mereka yang ghuluw (melampau-lampau) lah yang telah merosakkan agama dan dunia, moga Allah jauhkan" (al-Qaul al-Mufid, 1/68)
Soalan yang sama ditanya kepada majlis fatwa negeri Makkah dan Madinah, al-Lajnah al-Daimmah:
هنا في الباكستان علماء فرقة ( البريلوية ) يعتقدون أنه لا ظل للنبي صلى الله عليه وسلم ، وهذا دلالة على عدم بشرية النبي صلى الله عليه وسلم . هل هذا الحديث صحيح . ليس الظل للنبي صلى الله عليه وسلم ؟
Terjemahan soalan:
"Di sana di Pakistan terdapat kumpulan Berelwi yang berpegang sesungguhnya Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang, dan ini bukti yang menunjukkan bahawa Nabi SAW bukanlah manusia (kerana diciptakan dari cahaya), adakah hadith ini Sahih? Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang?"
فأجابت : " هذا القول باطل ، مناف لنصوص القرآن والسنة الصريحة الدالة على أنه صلوات الله وسلامه عليه بشر لا يختلف في تكوينه البشري عن الناس ، وأن له ظلا كما لأي إنسان ، وما أكرمه الله به من الرسالة لا يخرجه عن وصفه البشري الذي خلقه الله عليه من أم وأب ، قال تعالى : ( قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوْحَى إِلَيَّ ) الآية ، وقال تعالى : ( قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلاْ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ ) الآية .
أما ما يروى من أن النبي صلى الله عليه وسلم خلق من نور الله ، فهو حديث موضوع "
Terjemahan jawapan:
"Pendapat tersebut adalah batil, bercanggah dengan nas-nas al-Qur'an serta Sunnah yang jelas secara khusus menyatakan bahawa Nabi SAW adalah manusia tidaklah berbeza sifat penciptaan Baginda dengan manusia-manusia, dan sesungguhnya bagi Baginda itu bayang-bayang sebagaimana manusia lainnya.
Tidaklah Allah SWT muliakan Baginda SAW melainkan dengan risalah (wahyu), tidaklah Baginda SAW itu terlepas dari sifat-sifat manusia yang Allah SWT ciptakannya dari kedua ibu dan ayah,
Firman Allah SWT maksudnya :
"Katakan wahai Muhammad: sesungguhnya daku hanyalah seorang manusia seperti kamu jua, akan tetapi daku diberikan wahyu"
Dan berfirman Allah SWT lagi maksudnya:
"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu jua"
Manakala riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW bahawa Baginda SAW diciptakan dari cahaya, ianya adalah hadith Palsu"
(Fatwa al-Lajnah al-Daimmah, 1/464)
Moga dengan penjelasan ini, terjawablah kemusykilan yang ditanya, moga bermanfaat.
1 Komentar untuk "INI SEBABNYA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MEMPUNYAI BAYANG-BAYANG"
Mungkin mereka mendengar cerita yg nabi mendapat perlindungan cahaya matahari semasa baginda berjalan di bawah cahaya matahari.Walllahualam