Hanya kerana tidak mahu menghidangkan arak kepada penumpang, seorang pramugari yang beragama Islam, Charee Stanley kini digantung tugas.
Dia yang berkhidmat selama tiga tahun di syarikat penerbangan Express Georgia baru setahun menganut agama Islam.
Tindakan tatatertib itu diambil terhadap Charee selepas seorang rakan setugasnya melaporkan keengganannya wanita itu kepada pihak atasan syarikat.
Tidak mengalah, Charee pula memfailkan aduan berhubung tindakan majikannya yang didakwa sebagai mengamalkan diskriminasi.
Keenganan Charee menghidangkan arak kepada penumpang berkenaan selepas dia mengetahui adalah haram untuk menjual dan membeli sebarang minuman yang memabukkan, termasuklah kepada orang yang menyediakan arak tersebut.
0 Komentar untuk "KISAH BENAR!!! Kerana Enggan Hidang Arak Kepada Penumpang, Seorang Pramugari Islam Di....RESPECT LAH"