Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet...
Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan...
Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu...
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan. Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat...
Aqidah tentang kuasa magnet. Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma’niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua....
SUMBER : situasisanasini.blogspot
0 Komentar untuk "AWAS !!! Tahukah Anda Bahaya Memasang Magnet Hiasan Pada Peti Sejuk ???"